Portal PKPIM

Kenali PPIK

Sudut Diskusi

Bengkel Penyelarasan SKT Modul Dakwah NGO Islam

Posted by SyahiranMuhd at 11:14 PM


Pada 21 hingga 22 Feburai 2009, aku telah menghadiri satu perjumpaan Ngo' anjuran Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ), bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Aku menemani Abang Khairul Anuar mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) bersama sahabat dari Persatuan Pemimbimbing dan Pendidik Islam Wilayah dan Selangor ( PEPIAS).

Bengkel yang dipanggil Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ) dan Persediaan Modul Dakwah NGO Selangor ini dihadiri oleh 32 NGO daripada negeri Selangor antaranya ABIM, PKPIM, PEPIAS, PUM, Yayasan Amal, LKPIS, Macma, Hunafa', MIM, JIM dan lain-lain lagi ini bertujuan untuk membincangkan Modul latihan dakwah untuk diadun untuk pihak MAIS dalam menyumbangkan juga dalam dawah secara didikan ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan program itu berakhir pada 22 Febuari jam 12 tengah hari dan perasmian penutup oleh YBhg Prof. Dr. Siddiq Baba.




Program Kepimpinan dan Latihan PKPIM (KLIP)

Posted by SyahiranMuhd at 9:19 AM


Pada 9 Januari 2009,iaitu hari Jumaat, PKPIM-KUIS telah menyertai Program Latihan Dan Kepimpinan (KLIP) yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM ) bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati.

KLIP tiga hari dua malam ini dihadiri oleh pimpinan PKPIM di peringkat kampus seperti dari UKM,USM, UIA Gombak-Petaling Jaya-Nilai, USIM, UPM dan lain-lain. Turut dihadiri pimpinan daripada badan gabungan negeri (BGN) seperti PPIK-Kelantan,KPIP-Perak,PePIM-Melaka,PePINS-N9,PePIAS-Selangor, PerKePis-Sarawak dan lain-lain lagi.

PKPIM-KUIS di wakili oleh saudara Mohd Syahiran selaku Amir Kampus dan juga Saudari Khairiah selaku Amirah dan ketua HEWI. Program ini diadakan adalah untuk penyelarasan pergerakan antara kampus, BGN dengan PKPIM Pusat seperti memberi latihan kepimpinan kepada peserta mengikut cara yang diamalkan oleh PKPIM kepada seluruh pimpinan kampus dan BGN.

Dengan adanya program sebegini mampu memberi latihan secukupnya kepada pimpinan PKPIM di pelbagai peringkat agar Visi,Misi dan juga matlamat untuk melahirkan generasi Khaira Ummah seperti generasi Salahuddin Al-Ayubi ini akan tercapai dan juga memperkasakan ukhuwwah antara satu sama lain.


Resolusi Oleh Timbalan Presiden : Abang Naim

Sesi Perbentangan LDK

Perkongsain Ilmu Oleh Dr. Amran : Setiausaha Agung ABIM

Taklimat Penyelarasan Aktiviti oleh Setiausaga Agung PKPIM : Abg Khairul Anwar


Salam Ukhuwwah diakhir Program


MajlisKebangsaan Pelajar Islam ( Syura') PKPIM

Posted by SyahiranMuhd at 10:22 AM


Saya telah dijemput untuk ke mesyuarat Syura' Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Kolej Darul Hikmah (KDH ), Kajang, pada 4 Januari 2008 iaitu hari sabtu bersamaan 7 Muharam 1430 H ia juga dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Pelajar Islam (MKPI).

MKPI ini dihadiri oleh pimpinan PKPIM 2008/09 iaitu Presiden Saudara Hilmi, Timbalan Saudara Naim, Naib Presiden Kebangsaan iaitu Saudara Hanif, Naib Presiden Antarabangsa Saudara Faisal, Setiausaha Saudara Khairul Anuar, Naib Presiden Hal Ehwal Siswi Islam (HEWI) Saudari Akmar, bendari Saudari Maryati dan beberapa exco saperti saudara azizan, saudara akmal, saudara abu qasim, saudara Noor Ikram dan lain-lain lagi.

Selain itu MKPI ini juga turut dihadiri oleh mantan-mantan pimpinan tertinggi PKPIM untuk sama-sama mencurahkan idea dan pandangan mereka mengikut pengalaman yang pernah dilalui semasa mereka memegang tompok pimpinan.

Manakala ahli syura' yang lain terdiri daripada YDP badan gabungan pelajar islam diperingkat negeri seperti PPIK-kelantan, PePIAS-Selangor, KPIP-Perak, Persida-Kedah, IKATAN-Pahang, Kepitar-Terangganu, PePINS-N9, PePIM-Melaka, Pembimbing -Pulau Pinang, KPIJ-Johor, Perkepis-Sarawak dan SISMA-Sabah.

Manakala ahli syura' yang terdiri daripada Amir Kampus pula ialah daripada UKM, UM, UIA Gombak, PAUIA Petaling Jaya, PAUIA Nilai, UiTM Shah Alam, UTM Skudai, USIM, Unisel dan KUIS,bangi.

Syura' ini bermula pada jam 9.30pagi hingga jam 1 petang yang dipengurusikan oleh Abang Remy yang juga bekan presiden PKPIM yang sekarang ini memegang jawatan penolong setiausaha ABIM pusat. Seterusnya pengesahan mesyuarat yang lepas serta beberapa perbahasan tantang perkara yang dibincangkan.

Selapas masyuarat ditamatkan kami dijamu dengan makanan tengah hari dan solat zohor berjemaah.





Tautan Mahabbah PPIK-UIAM Gombak

Posted by SyahiranMuhd at 9:58 AM


Saya telah menerima jemputan oleh pihak Persatuan Pempimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam program Tautan Mahabbah khas untuk anak-anak Kelantan yang belajar di sana. Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan tentang PPIK dan tugas nya kepada diri sendiri, kepada masyarakat dan kepada agama.

Program ini dihadiri juga oleh Amir Kampus PKPIM-UIA, YDP PePIAS UIA dan senior-senior PPIK UIA. Program ini dimulakan dengan ucapan pengerusi, selepas itu ucapan daripada YDP PPIK-UIA iaitu saudara Izwan. Selapas itu penerangan oleh Yang Dipertua PPIK Pusat iaitu Saudara Afzan dengan dibantu oleh tayangan multimedia selama 1jam.

Setelah itu, penyampaian cendera mata kepada YDP PPIK Pusat dan kepada VIP Jemputan dan kami di jamu dengan mee goreng. Walaupaun program ini serba ringkas tetapi bagi saya inpak atau kesan kepada ahli dalam memahami orientasi gerakan PPIK ini amat mendalam dan alhamdulillah ia juga memberi semangat baru atau dalam bahasa arab " Ruhul Jadid" kepada pimpinan PPIK untuk menggerakkan platform ini di UIA.

Saya selaku penasihat dalam perhubungan kampus, mengucapkan selamat melaksanakan tugas jika ada apa-apa masalah boleh terus berhubung terus dengan saya sendiri.

Ucapan Pengerusi

Suadara Afzan (YDP PPIK Pusat)

Ucapan YDP PPIK-UIA

Peserta yang hadir

Hapuskan PPSMI demi bahasa Melayu

Posted by SyahiranMuhd at 4:42 PM


Forum khas anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia minta pemimpin beri perhatian


FORUM Khas: Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI memberi peringatan kepada pemimpin Melayu agar membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selaku penganjur turut bercadang mengemukakan saman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 1952 dan Perlembagaan serta mereka yang terus mengekalkan PPSMI kerana dianggap tidak mengikut lunas perundangan. Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, berkata pihaknya tidak lagi mahu berlembut dan berbincang apabila pendapat ilmuwan dan tokoh bahasa yang mewakili suara akar umbi tidak lagi didengari, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan bahasa Melayu selepas mendapati bahasa diplomasi tidak lagi difahami.


“PKPIM dan mahasiswa melancarkan Gerakan Anti PPSMI (GAP) ini bertujuan menyelamatkan bahasa Melayu, manakala forum hari ini pula diadakan bagi mengumpul dan menyuntik kekuatan untuk menyatakan bantahan terhadap PPSMI.

“PKPIM bertekad akan menyaman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 152 dan Perlembagaan serta secara terus terang menggunakan PPSMI yang tidak mengikut lunas perundangan,” katanya pada forum anjuran PKPIM di Pusat, Kompleks Anjung Rahmat di sini, baru-baru ini.

Tokoh bahasa, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, berkata beliau akan menghantar memorandum kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas Aidil Adha agar pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu dikembalikan, sekali gus mengelakkan bahasa itu disisihkan daripada sistem pendidikan secara sistematik.

“Memorandum akan dihantar dalam bentuk buku, Kenapa Kami Bantah PPSMI kerana apabila PPSMI dilakukan sepenuhnya, semua subjek berasaskan Sains dan Matematik akan bertukar ke bahasa Inggeris yang menjadi 96 peratus daripada kurikulum peringkat universiti, manakala subjek yang tidak ada kena-mengena turut beralih ke bahasa itu berikutan fitrah manusia mengikut apa-apa yang menjadi arus perdana.

Prof Abdullah memetik surah Ibrahim ayat ke-4 yang terkandung dalam al-Quran, menegaskan keperluan manusia untuk mengajar ilmu dalam bahasa ibundanya dan mengingatkan penyampaian ilmu bukan melalui bahasa ibunda, tidak akan sampai kepada semua lapisan masyarakat, sekali gus tidak dapat mendemokrasi dan meliberalkan pendidikan.

“Dasar pendidikan dalam bahasa Melayu itulah yang menjadikan orang Melayu pandai selama ini sehingga berjaya menjawat doktor, jurutera dan jutawan, tetapi sebahagian daripada mereka ini seperti kacang melupakan kulit,” katanya pada forum yang dipengerusikan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Mohd Faisal Abdul Aziz.

Prof Emeritus Abdullah juga tidak menolak kemungkinan untuk menghantar memorandum kepada Agong dan Sultan dengan menekankan kepentingan bahasa Melayu terhadap institusi Raja Melayu di negara ini, sekiranya tindakan sedia ada tidak membawa kesan positif.

Dalam konteks Islam, Koordinator Kampus, Teras Keupayaan Melayu (Teras), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengingatkan pihak yang beranggapan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai asabiah agar menilai sejarah peradaban Melayu yang diangkat dengan kedatangan Islam melalui bahasa Melayu.

“Isu bahasa Melayu turut memberi kesan kepada Islam kerana peradaban bangsa Melayu semakin penting selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sekali gus menjadi kerugian seandainya orang Islam tidak memahami sejarah yang agung itu,” katanya.

Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, menolak tanggapan pihak yang mempertikaikan usaha mengembalikan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu kepada bahasa Melayu sebagai pembaziran beralasan kerajaan sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk PPSMI termasuk membekalkan komputer.

“Usaha kerajaan membekalkan komputer sebenarnya tidak membazir sekiranya bahasa Melayu dikembalikan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek terbabit kerana ia masih boleh digunakan dengan menukar perisian saja, selain syarikat pembekal sedia ada juga masih boleh membuat keuntungan tanpa perlu merosakkan bahasa ibunda berkenaan, ujarnya yang menganggarkan lebih 5.5 juta pelajar yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sehingga bergelar profesor dan saintis sejak bahasa itu digunakan pada 1970 hingga 2001.

Sumber : BHarian

Jemputan Menyertai Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM

Posted by SyahiranMuhd at 2:37 PM


Pada 19 hingga 21 Disember, saya telah dijemput oleh pihak Angkatn Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai Tamrin Nuqaba' ABIM yang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Program ini sebenarnye khas untuk pimpinan ABIM seluruh Malaysia dan kami dari PKPIM juga dijemput untuk sama menimba ilmu dan berkenalan dengan abang dan kakak dalam ABIM ini.

Saya bersama dua orang sahabat iaitu Hazimah ( PSUA) dan Aminatulummah (EXCO) dalam PKPIM Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bertolak dalam puluk 3.30petang dengan menaiki teksi .

Apabila sampai ke tempat program kami di beri kunci bilik masing-masing dan apa yang menyeronokan setiap bilik itu ala-ala hotel dan satu bilik untuk dua orang. Saya alhamdulillah sebilik dengan Amir Kampus PKPIM-UKM.

Taklimat dan Perasmian pembukaan bermula pada jam 9 malam oleh Presiden ABIM Ust. Yusri bersama Ust. Zamihan wakil dari ILIM. dan kita sama-sama ikuti laporan yang telah disediakan oleh ABIM.com.my

TamrinBangi 19 Dis 2008, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sedang mengadakan Tamrin Nuqaba' atau Kursus Pemantapan Iman bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Tamrin ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Yusri Bin Mohamad Presiden ABIM. Didalam ucapannya beliau menekankan agar kembali kepada institusi tarbiyah ruhiyyah.

Turut hadir bersama adalah ustaz Hj Zamihan wakil ILIM. Beliau turut mengisi sedikit pengisian tentang realiti umat islam yang semakin keliru dengan cabaran akidah yang dibawa oleh pelbagai fahaman yang bercanggah dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah. Semoga peserta Tamrin dapat memanfaatkan apa yang dikongsikan oleh Tn Hj Yusri dan Ustaz Hj Zamihan.

Slot1Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi pada pagi ini dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM iaitu Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin Sirat salah seorang peserta Tamrin. Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini".

Slot3 Didalam Pembentangannya beliau menekankan kepentingan elemen tasawuf dalam gerakan islam tanpa mengabaikan elemen-elemen lain yang mencorakkan gerakan islam itu sendiri. Seterusnya, pembentangan kedua diteruskan oleh Tuan Hj. Abd Halim Ismail dengan tajuk "Sistem Tarbiyah Gerakan Menghadapi Cabaran Sezaman:Konsep Dan Hala Tuju".Slot2 Disini beliau menekankan pendekatan semasa dalam memperkasa sistem tarbiyah.

Selain itu beliau juga menekankan diwujudkan percakapan antara generasi bagi memastikan kesinambungan rantaian perjuangan ABIM. Slot kedua diteruskan oleh dua pimpinan tertinggi ABIM iaitu Dr. Farid Shahran Timbalan Presiden ABIM dan Dr. Amran Mohamad selaku Pemangku Setiausaha Agung ABIM. Pembentangan dimulakan oleh Dr Amran bertajuk "Dari Fiqh Al-Harakah Kepada Fiqh Al-Hadhariah:Keperluan Anjakan Paradigma Generasi Ketiga ABIM Ke Arah Merealisasikan Visi Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah".

Seterusnya pembentangan diteruskan oleh embentang kedua iaitu Dr. Farid Shahran dangan tajuknya "Memperkasa Dimensi Tarbiyah Gerakan:Peranan Usrah". Selepas solat zohor ,pembentangan diteruskan dengan Bertajuk "Ancaman Islam Liberal Ke Arah Aqidah Umat Islam" oleh Dr. Abdul Ghafar B. Surip.beliau merangkap ketua penolong pengarah Pusat Al-Quran Dan Ilmu Teras.Seramai 110 peserta yang hadir di dewan auditorium yang mengikuti Tamrin Nuqaba ini.


Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI Berjaya Capai Sasaran

Posted by SyahiranMuhd at 3:43 PM

30 November, Gombak - Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI anjuran Gerakan Anti-PPSMI (GAP) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan di sini pada hari ini berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Panelis-panelis forum tersebut terdiri daripada En. Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Koordinator Kampus TERAS dan Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM. Forum tersebut diselia oleh Sdr. Muhamad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM sebagai moderator.

Forum yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi tamat pada pukul 12.30 tengahari menyaksikan para panelis menyampaikan dasar-dasar penting sebagai landasan di dalam perjuangan Bahasa Melayu yang diusahakan oleh Gerakan Anti PPSMI ini. En. Kamal Shukri menyelar Persidangan Meja Bulat PPSMI anjuran Kementerian Pelajarn Malaysia (KPM) yang beliau sifatkan sebagai berat sebelah. Beliau juga menyatakan bahawa hasil perbincangan persidangan tersebut tidak boleh disama tarakan dengan hasil kajian yang dilaksanakan oleh cendekiawan-cendekiawan universiti di dalam isu ini sebagai contoh hasil kajian berhubung keberkesanan PPSMI di kalangan pelajar oleh Prof. Emiritus Dr. Isahak Haron daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau menyeru supaya Akta-Akta yang berkaitan dengan Bahasa Melayu tidak hanya tinggal sebagi Akta-Akta kosong yang tidak bererti. Akta-Akta tersebut perlu dikuatkuasakan dan dipatuhi. Beliau merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan dan lain-lain. Beliau turut memberi persoalan penting untuk difikir oleh pemikir-pemikir polisi di dalam KPM iaitu adakah kita ingin hancurkan Bahasa Melayu dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mengembangkan sains dan teknologi?

Panelis kedua, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal pula menyentuh tentang hubungan di antara Bahasa Melayu dan Islam yang disifatkannya sudah berasimilasi sepanjang kehadiran Islam ke Tanah Melayu di dalam lipatan sejarah. Bahasa Melayu sudah melalui proses Islamisasi sehingga menjadikannya sebuah bahasa yang tidak boleh hidup tanpa Islam. Beliau memperkaitkannya dengan keperluan untuk Bahasa Melayu digunapakai sebagai medium transmisi ilmu. Sekiranya PPSMI diteruskan, ia akan menghilangkan sifat keagamaan yang ada di dalam Bahasa Melayu untuk diterapkan di dalam kebangkitan sains dan teknologi pada hari ini. Malah, pada beliau, sekiranya kita menolak kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk transmisi ilmu, seolah kita menidakkan kepentingan bahasa sesuatu bangsa sebagai medium transimisi ilmu seperti yan disebutkan di dalam ayat 4 Surah Ibrahim. perantara untuk penyampaian ilmu yang Perjuangan memartabat dan pemerkasaan Bahasa Melayu pada beliau bukan sangat kerana isu PPSMI ini, tetapi ia sebenarnya isu yang lebih serius dan lebih dalam daripada apa yang dilihat secara luaran. Beliau turut menyifatkan segelintir kita sebagai terperangkap di dalam watak tertawan dengan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa ilmu di dalam negara kita.Tampaknya, bangsa Melayu lebih kelihatan terperangkap dengan minda yang terjajah dan watak yang tertawan selepas daripada Malaysia mencapai kemerdekaan berbanding daripada sebelumnya.

Mohd. Hilmi Ramli menekankan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan seperti yang terkandung di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dipegang sekian lama. Bahasa Melayu merupakan agen pemersatu untuk bangsa-bangsa yang hidup sebuumbung di Malaysia. Perjuangan untuk menamatkan PPSMI ini sudah pun dimulaakn sejak ia mula dilaksanakan pada 2003. Sudah pelbagai usaha melalui memorandum, resolusi, petisyen dan bermacam lagi yang dicapai di dalam kongres, seminar, konvensyen dan kolokium Bahasa Melayu yang dianjurkan. Sekiranya pihak pemerintah masih tidak memahami bahas diplomasi yang digunakan untuk menunjukkan protes rakyat terhadap pelaksanaan PPSMI ini, sudah tiba masanya untuk gerakan perjuangan Bahasa Melayu ini menggunakan bahasa advokasi. Beliau juga turut menyeru generasi muda khususnya di kalangan mahasiswa untuk turut sama bangkit dan berdiri di barisan hadapan di dalam mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang benar-benar dihayati dan bukannya setakat omong-omong kosong atau sekadar tulisan di atas kertas. Di dalam hal ini, beliau dengan lantang menyatakan bahawa PKPIM akan membuat laporan polis terhadap KPM kerana didakwa mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan beberapa Akta lain yang berkiatan dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Beliau turut menasihati para perwakilan UMNO di dalam Persidangan Agung UMNO Mac hadapan untuk menolak pemimpin-pemimpin yang menjahanamkan Bahasa Melayu.

Forum pada hari ini turut menerima lontaran pandangan yang bernas daripada Prof. Emiritus. Dr. Abdullah Ahsan, seoarang cendekiawan dan pejuang bahasa. Beliau mengajak para hadirin untuk melihat isu ini daripada skop yang lebih luas. Bukan setakat isu PPSMI, Bahas Melayu harus diselamatkan di pelbagai lapangan. Isu PPSMI merupakan salah satu daripada cabang penting di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu, dan ia harus diteruskan. Namun, adalah perlu untuk kita melihat kempen selamatkan Bahasa Melayu ini dari aspek lain juga. Sebagai contoh kepentingan Bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa yang punya beban rohani yang cukup tinggi di dalam kehidupan kita seharian.

Forum tersebut diadakan bertujuan untuk meratakan kefahaman akan peri penting perjuangan memartabat dan pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Jumlah peserta forum tersebut turut mencapai sasaran apabila berjaya menarik minat lebih daripada 50 orang mahasiswa yang mewakili organisasi masing-masing, guru-guru, cendekiawan universiti dan pejuang bahasa. Forum yang diajurkan pada hari ini hanya merupakan permulaan kepada satu protes panjang terhadap PPSMI dan usaha-usaha menyahtaraf Bahas Melayu di Malaysia. PKPIM dan gerakan mahasiswa lain melalui GAP akan terus memobilasi isu ini sehingga KPM mengembalikan hak Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan Malaysia demi kebajikan dan masa depan keseluruhan generasi muda, para pelajar Malaysia.

Sekretariat PKPIM Pusat

Mesyuarat Badan Tarbiah PKPIM

Posted by SyahiranMuhd at 12:36 PM

Pada 15November 2008, iaitu hari sabtu, saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat badan tarbiah PKPIM. Masyuarat ini dihadiri seramai 9 orang itu, pengerusi HEWI serta timbalannya, Bendahari PKPIM, seorang exco, serta beberapa orang daripada pimpinan kampus.

Masyurat ini dikendalika oleh Abang Naim salaku Timbalan Presiden PKPIM. Bermula jam 10.30pagi hingga jam 2.30petang bertempat di kampung changkat,Gombak.

Badan Tarbiah PKPIM merupakan badan yang merancang strategi untuk menyampaikan dakwah secara bekesan serta membentuk pengkaderan yang berqualiti agar ahli PKPIM ini tidak sekadar intelek tetapi celik dengan ilmu-ilmu agama serta mempunyai terbiah yang tinggi dalam melaksanakan tugas dalam gerakan dakwah ini.

Ihya' Ramadhan PPIK

Posted by SyahiranMuhd at 6:10 PM


Alhamdulilah,buat pertama kalinya PPIK Kampus Luar telah berjaya mengadakan Ihya’ Ramadhan pada 14 Ramadhan 1429h atau 14 September 2008 yang lalu.Program ini boleh dikatakan dirancang secara tiba-tiba kerana kami mempunyai masa dalam 2 minggu sahaja untuk menjalankan gerak kerja ini.


Tetapi,Alhamdulilah kerana Allah mengizinkan program ini dijalankan sekalipun ada sedikit masalah.Pengarah Program iaitu Syahiran dan beberapa ahli gerak kerja program seperti Kak Mija,Izuwan,Khadijah,Juwairiah,Aemy bertungkus lumus dalam memastikan apa yang dirancang ini dapat dijalankan.


Program Ihya Ramadhan ni bermula pada jam 10 pagi di Kolej Darul Hikmah,Kajang.Kami memilih tempat itu kerana pada hari sebelumnya diadakan Iftar Jamaie PKPIM+ABIM+WADAH yang bermula pada petang hari sehingga tamat solat Terawih.Jadi,kami mengambil keputusan untuk terus bermalam di tempat itu untuk meneruskan program Ihya Ramadhan pada esok hari.


Pada mulanya,seramai 7 orang yang datang awal di KDH iaitu Syahiran(KUIS),Kak Mija dan Izuwan,Aemy,Khadijah,Suliati dan Maziah(UIAM Gombak).Sebelum bermulanya majlis,kami sebagai tenaga penggerak dan peserta bersama-sama menyusun kerusi dan meja di bilik syura sebagai tempat aktiviti kami.Apabila jam hampir menunjukkan pukul 10pagi,datanglah pula 2 orang ANIS PPIK Pusat Asasi UIA Nilai iaitu Alia dan Faizah.Aktiviti kami bermula dengan modul ta’aruf yang di ketuai oleh kak Mija.Modul ta’aruf ini berkaitan dengan simbol diri setiap ahli kumpulan.


Aktiviti ta’aruf tergendala kerana penceramah untuk slot yang pertama daripada Ustaz Ahmad Saparuddin iaitu exco Penerangan ABIM PUSAT telah datang.Jadi,kami teruskan dengan slot pertama yang bertajuk ‘Bukan Kerana Nama’.Secara ringkasnya,ustaz Ahmad Saparuddin banyak menekankan asas di dalam membuat pilihan dalam diri seorang da’ie.


Menurut ustaz,di dalam kehidupan ini,kita diberi pilihan sama ada jalan yang luas atau jalan yang sempit.Hanya orang yang terpilih sahaja berjaya mengambil jalan yang sempit kerana ia adalah jalan yang mencabar dan memerlukan kekuatan pada diri seseorang untuk terus beristiqamah di dalam jalan itu.Oleh sebab itulah,dalam membuat pilihan kita perlu mengetahui asasnya.Apakah asas itu??Asas yang sangat penting iaitu keimanan kita atau komitmen kita kepada agama Islam.Maknanya,semakin tinggi komitmen kita pada agama,semakin tinggilah iman kita.


Ustaz juga menerangkan antara peringkat-peringkat cabaran yang memerlukan kita dalam membuat pilihan yang tepat iaitu: sewaktu zaman remaja sama ada di peringkat persekolahan atau peringkat tinggi,sewaktu berada dalam tahun akhir pembelajaran,selepas mendapat ijazah pengajian dan selepas berkahwin serta mempunyai keluarga besar.


Perkara-perkara di atas merupakan cabaran kerana menyebarkan dakwah adalah tugas terbesar Rasulullah S.A.W. dan tugas dakwah ini tiada pengakhirannya dan tugas inilah yang menunjukkan salah satu komitmen kita kepada Islam.


Kira-kira jam1.00 tengah hari,slot pertama ini berakhir.Beberapa minit kemudian,datang wakil Pusat Asasi Petaling Jaya iaitu Hassan dan senior PPIK iaitu Saudara Aisy Anuarin dan penceramah kedua iaitu saudara Hasnul Hanif menyertai kami.Kami dibenarkan rehat dan pada jam 2.30 petang, slot kedua diteruskan di atas tajuk ‘Peranan BGN(Badan Gabungan Negeri’ kepada PKPIM pusat’.


Antara perkara penting yang disampaikan oleh saudara Hasnul ialah asas kekuatan PKPIM pusat adalah melalui anak negeri yang ada termasuklah PPIK (Pembimbing Pelajar Islam Kelantan).Ini kerana BGN mempunyai peranan di dalam menyalurkan idea-idea intelektual kepada PKPIM pusat,BGN juga amat penting dalam membantu kaderisasi ahli mereka kepada PKPIM pusat dan juga BGN perlu memberi kefahaman yang jelas kepada ahli-ahli mereka tentang PKPIM pusat dan kehadiran senior-senior dari BGN juga penting dalam memberi cadangan dan menasihati PKPIM pusat.


Saudara Hasnul juga menyatakan harapannya kepada pengukuhan BGN terutamanya PPIK yang dalam proses berkembang ini iaitu melalui peringkat ahli dahulu dengan mewujudkan pembudayaan ilmu dan beriltizam dengan isu semasa.


Selepas tamatnya slot daripada saudara Hasnul,kami berhenti rehat untuk solat Asar dan kemudiannya diteruskan resolusi PPIK.Resolusi ini bermula dengan penyusunan organisasi PPIK Kampus Luar dan seterusnya kami merancang sedikit program untuk menghimpunkan ahli-ahli PPIK yang baru mahupun lama dan dalam masa yang sama kami cuba mengkader ahli-ahli PPIK yang baru.


Pada waktu petangnya,datang pula HEWI PKPIM pusat iaitu saudari Akmariah dan saudari Lina Mursyidah untuk sama-sama mengimarahkan iftar dan Maghrib bersama.Berakhirlah program Ihya Ramadhan ini dengan iftar dan solat Maghrib.Alhamdulilah,perjalanan program kami dapat dijalankan dengan baik.Semoga PPIK akan bersatu hati dan beristiqamah untuk meneruskan tugas besar ini dalam membentuk tamadun khairah ummah.Semoga Allah sentiasa memberkati dan memimpin kita ke jalan-Nya.



Kak mija (Peace) dengan ajk yang lain + peserta yang hadir


Abg Saparuddin ( Exco Penerangan ABIM)


Abg Hasnul Hanip ( tgh bercakap)