Portal PKPIM

Kenali PPIK

Sudut Diskusi

Jemputan Menyertai Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM

Posted by SyahiranMuhd at 2:37 PM


Pada 19 hingga 21 Disember, saya telah dijemput oleh pihak Angkatn Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai Tamrin Nuqaba' ABIM yang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Program ini sebenarnye khas untuk pimpinan ABIM seluruh Malaysia dan kami dari PKPIM juga dijemput untuk sama menimba ilmu dan berkenalan dengan abang dan kakak dalam ABIM ini.

Saya bersama dua orang sahabat iaitu Hazimah ( PSUA) dan Aminatulummah (EXCO) dalam PKPIM Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bertolak dalam puluk 3.30petang dengan menaiki teksi .

Apabila sampai ke tempat program kami di beri kunci bilik masing-masing dan apa yang menyeronokan setiap bilik itu ala-ala hotel dan satu bilik untuk dua orang. Saya alhamdulillah sebilik dengan Amir Kampus PKPIM-UKM.

Taklimat dan Perasmian pembukaan bermula pada jam 9 malam oleh Presiden ABIM Ust. Yusri bersama Ust. Zamihan wakil dari ILIM. dan kita sama-sama ikuti laporan yang telah disediakan oleh ABIM.com.my

TamrinBangi 19 Dis 2008, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sedang mengadakan Tamrin Nuqaba' atau Kursus Pemantapan Iman bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Tamrin ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Yusri Bin Mohamad Presiden ABIM. Didalam ucapannya beliau menekankan agar kembali kepada institusi tarbiyah ruhiyyah.

Turut hadir bersama adalah ustaz Hj Zamihan wakil ILIM. Beliau turut mengisi sedikit pengisian tentang realiti umat islam yang semakin keliru dengan cabaran akidah yang dibawa oleh pelbagai fahaman yang bercanggah dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah. Semoga peserta Tamrin dapat memanfaatkan apa yang dikongsikan oleh Tn Hj Yusri dan Ustaz Hj Zamihan.

Slot1Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi pada pagi ini dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM iaitu Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin Sirat salah seorang peserta Tamrin. Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini".

Slot3 Didalam Pembentangannya beliau menekankan kepentingan elemen tasawuf dalam gerakan islam tanpa mengabaikan elemen-elemen lain yang mencorakkan gerakan islam itu sendiri. Seterusnya, pembentangan kedua diteruskan oleh Tuan Hj. Abd Halim Ismail dengan tajuk "Sistem Tarbiyah Gerakan Menghadapi Cabaran Sezaman:Konsep Dan Hala Tuju".Slot2 Disini beliau menekankan pendekatan semasa dalam memperkasa sistem tarbiyah.

Selain itu beliau juga menekankan diwujudkan percakapan antara generasi bagi memastikan kesinambungan rantaian perjuangan ABIM. Slot kedua diteruskan oleh dua pimpinan tertinggi ABIM iaitu Dr. Farid Shahran Timbalan Presiden ABIM dan Dr. Amran Mohamad selaku Pemangku Setiausaha Agung ABIM. Pembentangan dimulakan oleh Dr Amran bertajuk "Dari Fiqh Al-Harakah Kepada Fiqh Al-Hadhariah:Keperluan Anjakan Paradigma Generasi Ketiga ABIM Ke Arah Merealisasikan Visi Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah".

Seterusnya pembentangan diteruskan oleh embentang kedua iaitu Dr. Farid Shahran dangan tajuknya "Memperkasa Dimensi Tarbiyah Gerakan:Peranan Usrah". Selepas solat zohor ,pembentangan diteruskan dengan Bertajuk "Ancaman Islam Liberal Ke Arah Aqidah Umat Islam" oleh Dr. Abdul Ghafar B. Surip.beliau merangkap ketua penolong pengarah Pusat Al-Quran Dan Ilmu Teras.Seramai 110 peserta yang hadir di dewan auditorium yang mengikuti Tamrin Nuqaba ini.


0 comments: